Dulu suka-suka je tulis blog. Ermm masa tu, baru dapat cahaya mata pertama, iaitu Haziq. Seronok sangat. Sekarang ni dah ada dua orang anak, iaitu yang bongsu namanya Muhammad Hakeem bin Mahadhir. Kenapa panggil 'bongsu'?.Haa, ni la yang kitaorang selalu sebut...'anak mama yang bongsu'...'anak papa yang bongsu'...kan dah masin mulut tu...memang bongsu pun.
Tak tau sebenarnya nak mula dari mana, dah la dengan ayat yang lebih kurang orang baca tu faham.Ye la, main tulis je kan.Tapi yang pasti nak juga luahkan perasaan yang terpendam ni. Korang jangan kecam banyak sangat nanti nanges lagi huhuhu.
Citer dia lebih kurang macam ni, pada awal September 2016, aku mimpi ada empat gigi patah..berdebar jgk takut ada sedara mara terdekat meninggal waktu tu..tapi aku ambil pusing je..moga tak ada ape2 berlaku..abah pula excident 2 hari sebelum hari raya HAJI. Kelam kabut aku, suami tercinta (Abg Mahadhir), Jaja (adik) dan anak2 balik kampung (kelantan). Laju jgk la abg bawak kete, x sampai 11 jam iaitu dalam jam 12.30 t/hari sampai HPRZ11..
Dah settle semua hal kat kampung, abg balik sorang diri, tu pon aku suh naik flight je...geram sebenarnya abg x bleh cuti lama-lama..kne masuk keje..huh..memang tak suka kene tinggal kt kampung tanpa dia wlupun tu kampung sendiri..
Lebih kurang sebulan lepas balik Johor ni, Doktor sahkan yang aku miscarriage anak ke-3. Aku sangat sedih bila mana doktor kat Perdana Maternity Specialist tu bagi tau yang baby dah 'xde heart beat' . Aku bagi tau abg, terus terdiam. Lepas tu, kita orang buat scan lagi kat Poliklinik BioSucinas kat Bandar Baru Uda untuk kali kedua, detail jgk Dr. Rosli tu explained. Esoknya aku dirujuk ke Bahagian Kecemasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Pastu, Dr bg tarikh untuk jumpa pakar O&G. Selpas kita orang jumpa pakar kat HSA seminggu lepas tu, dia bagi tarikh lagi untuk further review. Aku macm dah malas nk pergi sbb mmg xde tanda-tanda darah keluar ke ape..so kita orang decided tuk buat D&C kat Perdana Maternity Specialist tu. Masa tu rasa sedih sangat-sangat sebab dah excited nak baby lagi..huhuhu.Dah ketentuan Ilahi..dan masa tu jgk la, Bahagian kecemasan dan zon kritikal HSA mengalami kebakaran. So, kena ingat la tarikh ni 25 Oktober 2016 hari Selasa.
Esoknya, aku temankan abg ke opis Dato' Bob atas urusan rumah subsale yang dibeli kat Taman Universiti pada tahun 2014. Lama prosesnya sebab rumah tu rumah pusaka dan perlu ambil masa atas urusan pusaka ni. Awalnya, aku bising jgk tapi nak wat cm ne takkan nak paksa-paksa orang pulak cepatkannya..just follow the flow je lah. Time jumpa Dato' Bob tu, Dato' tercakap..'eh apesal la awak makin handsome sekarang ni, berseri-seri muka'..aku kat sebelah kembang je hidung ni, ye la orang puji hasben aku. tapi dalam diam pon, aku pon heran, sejak dua menjak ni, makin handsome pulak hasben aku yang memang tersedia handsome..huhu..mana nak dapat ni..cuma tak cakap je nanti tak tdo malam empunya diri..hehehe...BERSAMBUNG...